Powered By Blogger

Monday, July 19, 2010

sem ke 4!

hai everyone..
i think its about 4 or 5 month i haven't update my blog..
im quite busy with my college activity..

but i think,after this,i'll back in blogging world..
this post is just to express my feeling about me n my college..
now,im in 4th sem.in less than 3 weeks,i'll in 5th sem..
thats mean just left 2 semester to leave ipoh n my college..haha
wow!!! heheh

thats all 4 now..will catch u later..bye..

Monday, May 24, 2010

Kena Laknat......








salam ukhwah dan salam dakwah buat semua ..
lama kan aku x update blog ni??
tapi xpe,aku da 1 entry yang boleh dibuat renungan untuk semua..
sangat membuka minda dan membuat kita berwaspada..
entry aku kali ni tentang makhluk bernama
DAJAL
mesti semua faham n taw ape makhluk ni kan?
makhluk yang akan datang bila dunia nak kiamat..
entry aku kali ni cuma nak bagi info apa akan terjadi
n mcm mana keadaan bila kedatangan dajal ni..
orang kedah suka la guna perkataan ni..haha
sikit2,dajei,dajei..haha



ni pon sejenis dajal gak nih.....

ASAL USUL DAJAL:

  • Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.







kecik2 xmau mati,besar mula
menyusah org...


Dajjal,ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Sifat Ba
dannya:
  • Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)

Ciri2 lain:
  • Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan,rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
  • Tandanya yg paling ketara sekali ada dua mata: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
  • Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapunsebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

mungkinkah in adalah calonnya?????

Tempat Tingga
lnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.mcm ni ke rupa binatang tunggangannya???wallahualam bissawab.....

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.


  • Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya:“Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?
Nabi saw, menjawab:Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti
setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa...


  • Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja)Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
  • Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.





amaran-jgn tgok lama2..(dajal tgkp lalat)

  • Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.(ujian ALLAH,moga kita semua lulus..)
Imam Mahdi(Ilustrasi shj)

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg be
riman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:
”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah




Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.


dajal mkn aiskrin..ish3.....

Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam"
Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.



kesimpulannya,DAJJAL bukanlah makhluk yang akan datang dari langit sebagaimana tanggapan kita selama ini..
ia adalah manusia dari keturunan yahudi dimana ajalnya ditangguhkan..
Moga kita semua akan terlepas dari godaan makhluk
yang dilaknat ini..amin ya rabbal alamin..
yang baik dari allah,yang buruk dari saya..
wallahualam..




Wednesday, May 19, 2010

Sunday, May 16, 2010

politik ke agama!!!!!!!??

salam buat semua pembaca..

kalau ada pilihan,mana 1 korang akan pilih??
AGAMA(ISLAM) ke politik?
aku rasa......
xyh taw la pe aku rasa...pe yang korang rasa??heheh
pe sekali pun,pastikan kita berada sentiasa 'dekat'
ALLAH/ISLAM..
tepuk dada tanya sendiri ok..
aku ada masukkan video klip yang ada kaitan dengan entry aku kali ni..

mesti xjumpa lg punya video ni...huhu






ni ada lagi satu...kalau tadi rock,skg kita lembutkan sikit ye....hehehe






kesimpulannya,nak politik ke pe,agama didahulukan..sekian..

Thursday, May 13, 2010

kenapa dan mengapa?

salam sejahtera buat semua pembaca.. aku minta maaf sebab xupdate blog ni everyday..aku just nak masukkan story yang mampu merangsang otak je..heheh time dok baca paper petang tadi,aku nampak satu artikel..tajuk dia lebih kurang camni r..

BAYI PLKN


aku rasa sape yang dok update ngn isu semasa kat malaysia kita ni,mesti korang ta
w kan pasal isu ni..
pasal sorang minah berumur 18 taun ,dari Keningau,Sabah..

minah ni melahirkan sorang bayi seberat 2.63 kg..

TAPI,
yang aku konfiusnya,camna dia boleh terlepas pegi latihan PLKN macam monyet
terlepas dari kandang sedangkan sebelum p latihan PLKN,mesti perut dia memboyot..
memang wat aku musykil bin aneh bila aku baca dia beranak kat tandas PLKN 2..
xkan la kawan2 dia,jurulatih dia,komandan kem 2,mak ayah dia xperasan??
sungguh musykil..


n lagi wat aku tertarik bila aku baca tajuk ni..

Shahrizat Bantah Ujian Kehamilan Ke Atas Pelatih PLKN
sebab pe perlu dibantah??
ni alasan dia..kononnya...... :

~ISU PRIVASI SEBAGAI PERKARA DASAR~


-apa maksudnya privasi?so,mungkin beliau anggap bila melakukan pemeriksaan waktu masuk kem PLKN sebagai melanggar hak privasi seseorang..tapi,bila jadi mcm ni,budak pompuan ni
yang melahirkan anak dalam tandas sorang2,xda sape untuk jaga,untuk rawat,perlu ke kita pandang privasi sebagai keutamaan??i think,no! kan elok kalau dibuat pemeriksaan kesihatan?boleh suma tahu pe penyakit masing2,n yang mana layak dapat pengecualian,perlu diberi pengecualian..nasib baik budak 2 selamat,kalau budak 2 atau anak dia mati,mcm mana?kalau remaja 2 melahirkan anak waktu buat aktiviti lasak mcm mn??sape nak bertanggungjawab?ish3....
kita cukup kerap kan dengar kes bayi kena buang..mungkin punca dia zina..tapi sebab pe yang nak kena buang bayi 2?bayi 2 bersalah ke bila si pelaku zina yang berzina sehingga menghasilkan bayi..kesian betul la..

setel lah sudah dengan kes 2..
aku nak tanya pembaca sekalian,sebab ape ek boleh sampai jadi cmni?
i mean zina.. ini aku ada cari bahan..buat renungan..

antara punca zina sebab kurang tarbiyah diri..
bila zina,dapat anak,jadi plak kes bunuh..nak tutup cter,kena bunuh anak la..
bila bunuh anak,tambah 1 lagi dosa..hmm..


Firman Allah: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang

diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” (Surah al-Israa': 33)

Berzina sehingga melahirkan anak tidak sah taraf juga meninggalkan implikasi lain yang bersifat
jangka panjang terhadap anak terbabit seperti rosaknya nasab..
nasab-keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan
yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa': 32)

Individu Islam tidak boleh menolak daripada berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Dengan berpegang ajaran inilah manusia tidak akan terpesong daripada kebenaran atau sesat akidahnya..

Sabda Rasulullah - Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sama sekali sesat
selama mana kamu berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.” (Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)

niat aku satu,mengingatkan kalian termasuklah diri ini sendiri tentang zina..

wallahualam,yang baik datang dari ALLAH,yang buruk dari manusia..





Tuesday, May 11, 2010

Polis?Orang Awam?siapa yg perlu dipersalahkan??








aku pon xtaw pe yang tengah terjadi..semacam satu musim bila aku fikirkan balik..

dulu setiap ari dengar citer pasal kes bunuh..then,kes rogol..
lepas 2 plak,kes buang bayi..hmm..
kalau pembaca sekalian cuba ingat balik,
bkn ke suma kes ni jadi secara berturutan..tanpa henti..semacam musim kan??
n sekarang ni,kalau korang alert dgn citer semasa,kes polis MENEMBAK orang AWAM..


Im not an angel to judge,n give punishment..
tp,sebagai seorang rakyat malaysia,i think i still have my right to talk n write about this..

KES 1-(Cerita yang dikutip versinya dari Bapa kepada mangsa sendiri)

Pada pagi 14 November 2009, lebih kurang jam 6 pagi, terdengar orang mengetuk pintu, di rumah saya di alamat No. 2, Jalan Taman Intan, Belakang Istana Raja, 02600 Arau, Perlis. Setelah melihat melalui tingkap bilik, saya dapati mereka ialah polis yang datang untuk memberitahu bahawa anak saya MOHAMAD TAWFIQ BIN NOORZAN (selepas ini disebut sebagai Tawfiq) seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai Pengusaha Kedai Makan di Medan Rancangan Perumahan Awam Arau dan Balai Baru Beseri, Perlis telah membuat laporan di Balai Polis Arau bahawa beliau hendak ‘buat orang’ . Dalam lebih kurang 15 minit kemudian anak saya telah pulang kemudian terus masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya dan keluar semula dengan membawa pisau pemotong sayur dalam keadaan marah dan keletihan. Anggota polis yang berada di depan pintu rumah hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan awal bagi menghalang anak saya untutk keluar untuk bertemu dengan Rashidi (kawannya yang meninggalkannya di Alor Star). 2 orang anggota polis yang ada menyatakan mereka tidak berani untuk menghalang anak saya yang juga dikenali sebagai ‘Botak’ kerana mereka mengenali kelakuan beliau apabila berada dalam keadaan marah.

Lalu Tawfiq mengambil motosikalnya dan isteri saya masih memujuk Tawfiq supaya tidak meneruskan keinginannya. Jawab Tawfiq “ Jangan ganggu dia!” dia terus membonceng motosikalnya ke arah Guar Sanji. Saya pun keluar mengikut jejaknya dengan kereta pada jam 6.30 pagi dan mendapati motosikalnya ditinggalkan di tepi jalan lalu saya terus menuju ke arah Guar Sanji. Apabila sampai ke Guar Sanji, saya dapati beberapa anggota polis siap dengan sebuah kereta peronda dan sebuah kereta Proton Satria berwarna putih yang saya kenalpasti sebagai kepunyaan salah seorang anggota polis yang telah datang ke rumah saya. Lalu saya memarkir kereta saya. Saya lihat anak saya Tawfiq sudah berada di hadapan rumah Rashidi. Tawfiq memanggil keluar Rashidi dengan berkata “ Hang keluaq, kalau betui hang anak jantan!” Kemudian saya memujuk dia dan mengajak beliau pulang ke rumah tetapi dia menjawab ‘ Abah cakap senang, tak kena kat abah takpa la…abah tau apa, apiq (Tawfiq) yang tau, ni muka nak letak kat mana, apiq botak ni abah. Saya terus memujuk beliau. Dia menjawab, tang lari apiq tak lari, apiq nak selesai juga pagi ni.” La, abah pi balik”. Lebih kurang 6.45 pagi Saya pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk mengambil isteri saya dengan harapan dia dapat memujuk anaknya yang sedang marah itu. Lebih kurang, saya terus bertolak ke tempat kejadian bersama isteri..Lebih kurang 7.00 pagi, Saya dapati ada dua kumpulan anggota polis masing-masing berada di tepi jalan. Salah seorang angota polis itu memegang sebatang paip pvc putih. Saya tidak nampak kelibat anak saya berada di tempat kejadian.

Pada masa yang sama, Saya terdengar seorang anggota polis yang saya kenali sebagai Aidil menjerit untuk menanyakan patutkah kita keluarkan Rashidi? Rakan-rakannya menjawab “tak payah”. Selepas itu kami bergerak berjalan kaki sambil mencari kelibat anak saya dan saya terlihat anak saya berjalan kaki menuju ke arah landasan keretapi berhampiran dalam keadaan amat keletihan kerana dia dilihat rebah dan bangun semula dalam setiap beberapa langkah. Saya terus mengekori dalam jarak yang agak jauh tetapi masih nampak kelibat anak saya dan terus mengekori ke arah jejantas lebuh raya Arau. Kemudian kami kembali masuk ke dalam kereta untuk mengekori anak saya. Saya memandu kereta dan memarkir kereta di sebelah atas jejantas lebuh raya Arau. Kami turun dari kenderaan dan meneruskan usaha memujuk anak saya agar tidak meneruskan kemarahannya lagi. Taufiq tidak mengendahkan pujukan saya dan terus berpatah balik.

Sebaik sahaja melihat keadaan itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat pusingan ‘U’ di atas lebuh raya sehala untuk mendapatkan Tawfiq dengan cuba mengikut kereta peronda polis yang turut bersama di atas jejantas tetapi agak terlambat. Sepanjang berada di atas jejantas, saya dapati tiada sebarang usaha memujuk yang dilakukan oleh anggota polis kepada Tawfiq untuk menyerah diri kepada polis. Ketika itulah saya terdengar bunyi dua kali tembakan secara berturut-turut(bukannya berselang dalam satu tempoh) dan pada ketika itu isteri saya berkata “abah, depa tembak dah anak kita” lalu pengsan. Sesampai saya di tempat kejadian. Kami menghentikan kereta dan bertemu dengan Ketua Polis Balai Arau yang saya kenali panggilan Tuan Jabar dan saya bertanya “ mana anak saya?!”. Beliau(Tuan Jabar) sambil memegang pisau pemotong sayur yang saya kenal sebagai pisau yang dibawa oleh Tawfik (sedangkan ia barang bukti dari tempat kejadian yang belum diproses kerana tiada pasukan forensik polis dilihat berada di tempat kejadian itu) menunjukkan isyarat mulut ke arah tubuh di tepi jalan dalam keadaan tertiarap dan tangan bergari di belakang yang kemudian saya kenali sebagai tubuh anak saya Tawfik.

Pada masa yang sama, saya terdengar suara salah seorang anggota yang saya tidak kenali menyatakan “Kami tembak di kaki”. Kemudian, saya terus bergegas menuju ke arah tubuh anak saya untuk memangku beliau. Isteri saya terus menyelak kaki seluar yang dipakai Tawfik untuk mencari kesan tembakan di kaki. Malangnya tiada sebarang kesan tembakan di kedua-dua belah kaki anak saya. Sebaik saya melihat ke arah badan Tawfik, saya dapati ada satu kesan darah di baju dan terus saya menyelak baju Tawfik dan saya dapati dengan jelas kesan satu tembakan di bahagian dada. Saya berkata “ tadi hangpa habaq kat aku tembak di kaki, tapi pasaipa hangpa tembak di dada?!!” Ni bukan nak bagi cedera tapi memang hangpa nak bunuh anak aku!!!” Saya bertanya lagi ‘ mana dia ambulan,bawa dia pi hospital” Sambil itu, kami memeriksa nadi dan tiada sebarang tindak balas, kemudian saya menyuruh Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membuka gari di tangan anak saya. Jadi kemudian, ikatan gari dibuka tetapi hanya sebelah tangan sahaja. Selepas itu, saya lihat keadaan muka anak saya berlumuran dengan darah dan sekali lagi meminta kain untuk mengelap mukanya dengan harapan Tawfik dapat bernafas dengan sempurna kerana saya beranggapan Tawfik masih hidup ketika itu. Tuan Jabar menjerit kepada anggotanya “mana kain?, mana kain?”. Selepas itu, saya melaung sambil bertanya “ pasaipa hangpa biaq tang ni, pasaipa hangpa tak bawa pi hospital, mana ambulan, hangpa mai angkat cepat bawa pi.

Berikutan itu,Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membawa masuk kenderaan Polis (Land Rover) yang sedia terdapat di dalamnya pengusung dan plastik hitam pembungkus mayat seolah-olah mereka telah merancang untuk menembak mati Tawfik. Anggota yang ada terus membawa turun pengusung tanpa membuat sebarang pengesahan kematian secara rasmi kerana tiada sebarang kenderaan ambulan dari hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan dilihat berada di lokasi kejadian. Sepatutnya perlu ada satu pengesahan status anak saya yang ditembak sama ada masih hidup atau mati tetapi saya lihat tiada seorang pun yang melaksanakan Prosedur Pengesahan Status Kematian tersebut. Kemudian Land Rover Polis terus membawa tubuh anak saya ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar untuk proses selanjutnya. Saya bersama isteri saya juga mengikut kenderaan polis menuju ke hospital tetapi gagal untuk mengekori kenderaan tersebut kerana ia dipandu laju.

Sesampainya saya di Unit Kecemasan HTF, saya merujuk kepada salah seorang petugas yang saya tidak ingat namanya di kaunter kecemasan bertanyakan tentang hal tentang pendaftaran kemasukan sebarang kes melibatkan orang awam ditembak polis tetapi jawapan yang saya terima ialah tiada dan diberitahu pada kebiasaannya kes sebegitu biasanya terus dirujuk ke Unit Forensik HTF. Saya pun terus pergi ke unit berkenaan untuk mengetahui prosedur selanjutnya.

Saya melihat sekumpulan anggota polis sudah berada di perkarangan rumah mayat HTF pada pagi kejadian. Selepas itu, saya bertanya kepada setiap anggota polis yang ada di situ siapa yang menembak anak saya, lalu saya telah ditunjukkan kepada anggota yang menembak anak saya, selepas mengecamnya saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis berkaitan keseluruhan kejadian. Setibanya di IPK Perlis di Kangar, saya telah diganggu privasi ketika hendak membuat laporan polis yang pertama. Terdapat terlalu ramai anggota polis di kaunter laporan yang mengerumuni di meja penerima laporan silih berganti dan membaca laporan yang saya adukan.

Selepas selesai membuat laporan polis, saya terus dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat di tingkat dua yang berbaju preman untuk mengambil kenyataan saya. Setelah habis memberikan kenyataan, saya terus ke Unit Forensik HTF untuk melihat dan menuntut mayat anak saya. Ketika itu, saya dimaklumkan sesi autopsi masih belum berjalan kerana menantikan kehadiran Pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Dr. Mohd Suhani bin Mohd.Noor yang terlewat kerana baru menyelesaikan kes di Pulau Pinang lebih kurang jam 5 petang. Saya terkejut bila ditanya oleh pakar yang berkenaan penjelasan prosedur berkaitan oleh Polis sedangkan tiada sebarang taklimat atau sesi penjelasan berkenaan kes anak saya yang ditembak polis ini.

Dari pengamatan saya, banyak prosedur telah dilanggar oleh pihak polis berkaitan proses dan prosedur bedah siasat mayat yang berkaitan kes seumpama ini terutamanya makluman awal kepada pakar forensik tentang masa kejadian berlaku, prosedur imbasan X-ray telah dibuat awal sebelum mendapat kebenaran daripada pakar yang berkenaan menyebabkan prosedur kedua imbasan x-ray dilakukan, makluman pihak polis kepada pakar forensik menyatakan bahawa sesi taklimat dan penjelasan kes sudah diberikan kepada waris si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan. Akhirnya, saya memohon kepada Pakar Forensik agar ketelusan dalam proses yang berkenaan. Selepas mendapat jaminan ketelusan daripada pakar forensik tersebut saya pun keluar dari bilik pejabat am di Unit Forensik HTF.

Setelah selesai ‘post-mortem’ si mati, saya dipanggil oleh Doktor Pakar Forensik dan menyatakan keputusan forensik seperti berikut: Sebab kematian pertama akibat tembakan peluru terkena jantung dan mati serta-merta, seterusnya ada kesan trauma pukulan di bahagian belakang tubuh mangsa dan yang ketiga ada kesan gari yang jelas di kedua-dua tangan si mati. Selepas itu saya menunggu proses akhir bedah siasat dan seterusnya kerja memandikan dan mengkafankan anak saya sebelum saya menuntut mayat untuk di bawa pulang ke kediaman saya.

Saya membuat laporan ini kerana mendapati terlalu banyak percanggahan dalam laporan dan kenyataan oleh pihak yang berkenaan dalam siasatan kes ini.

1) Saya memohon ruang keadilan yang saksama diberikan kepada saya dan tidak diganggu emosi oleh rondaan anggota polis di sekitar kawasan rumah saya setiap hari sejak kejadian tersebut.

2) Saya amat terganggu dengan cara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan fakta di tempat kejadian. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak polis jelas meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Tawfiq sedangkan dia belum disabitkan sebarang kesalahan dan tindakan polis hanyalah kerana beberapa prosedur yang mereka sendiri tidak patuhi selama menyelesaikan kes berkenaan.

3) Perlu diingat Si mati Tawfiq ialah seorang OKU kerana kecacatan kekal di bahagian kakinya tidak memungkinkan beliau melakukan kerja yang berat dan apatah lagi dalam keadaan keletihan setelah berjalan kaki dalam tempoh yang lama dilihat tidak mampu mengancam polis.

4) Polis sengaja mereka cerita secara tidak berasas untuk melindungi anggotanya yang tidak mengikut prosedur kes.

5) Polis jelas berbohong bila menyatakan mereka melepaskan tembakan amaran kerana dari pendengaran saya di tempat kejadian jelas dua das tembakan yang dilepaskan polis secara berturut-turut dan bukan diselangi waktu yang tertentu.

6) Polis juga gagal untuk mengambil sebarang tindakan awal membendung kejadian ini apabila menerima laporan yang dikatakan dibuat oleh Tawfiq sendiri di Balai Polis Arau pada awal hari kejadian.

7) Ketiadaan ahli forensik di tempat kejadian menyebabkan banyak barang kes termasuk pisau yang dibawa Tawfiq diusik dan mungkin diubah, jelas tidak mematuhi peraturan dalam melaksanakan prosedur kerja termasuk pengesahan kematian suspek yang ditembak di bahagian dada. Pihak polis dilihat sudah menyediakan kelengkapan untuk membawa ‘mayat’ dan bukannya bersedia menyediakan pasukan perubatan dari hospital atau pusat kesihatan yang terdekat jika tujuan mereka hanya hendak meleraikan amukan suspek. Buktinya mangsa tembakan terus dibawa ke Unit Forensik dan bukannya Unit Kecemasan. SIapa yang mengesahkan kematiannya ‘dalam perjalanan’?

8) Keadaan tangan yang bergari menimbulkan persoalan sama ada suspek digari sebelum atau selepas ditembak. Ini jelas menjadi keraguan kerana tembakan di dada boleh menyebabkan kematian serta-merta dan apa rasional mangsa tembakan digari selepas ditembak dan dibiarkan tersembam muka di tanah dengan berlumuran darah di bahagian muka?Apa juga rasional mangsa ditembak dalam keadaan bergari jika prosedur menggari suspek dilakukan sebelum ‘nyawanya diambil’?

9) Suspek dilihat sudah tidak bermaya untuk melangkah dan rebah beberapa kali sebelum ditembak. Apakah prosedur yang dipatuhi polis untuk menangani kes sebegini? Perlu diingat, suspek berjalan kaki sejauh lebih 50 kilometer dari Alor Star dan tidak berehat. Mustahil suspek mempunyai tenaga ‘superb’ untuk terus bertahan kekuatan fizikalnya untuk meneruskan ‘amukannya’?

10) Kenapa bilangan anggota polis yang lengkap dengan senjata tidak mampu dan gagal menangani seorang yang disyaki hanya membawa sebilah pisau pemotong sayur yang sudah keletihan dan tidak bermaya?

11) Kenyataan awal dari anggota polis yang datang ke rumah keluarga suspek menyatakan mereka tak mampu untuk mengambil tindakan menahan suspek kerana cukup mengenalinya bila berada dalam keadaan marah jelas menyalahi etika professionalisme polis yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan rakyat.

12) Kenyataan akhbar yang dipetik dari makluman polis jelas menjatuhkan maruah keluarga dan suspek sendiri kerana kami sudah dihukum tanpa bicara terlebih dahulu. Soal komersial atau sensasi sepatutnya tidak menjadi keutamaan mana-mana pihak dalam kes sebegini kerana maruah sepatutnya menjadi keutamaan. Polis sepatutnya meneliti keseluruhan fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat ‘mempertahankan diri’ demi imej dan reputasi pasukan polis. Barulah integriti POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai pasukan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam di Malaysia lebih dihormati. SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA..

KES 2-Remaja 15 tahun ditembak mati(spm xabis lg )

Seorang remaja berumur 15 tahun,AMINULRASYID menaiki kereta jenis Proton Iswara mati ditembak apabila enggan memberhentikan keretanya..Bila polis yang berpangkat koperal itu mendekati kereta itu,remaja itu bersama rakannya melarikan diri..Dan polis melepaskan 4 das tembakan,satu darinya kena remaja tersebut,dan terus meninggal..rakannya pula melarikan diri..hasil siasatan menjumpai sebilah pasrang,dan remaja tersebut DISYAKI membuat kegiatan samun..AKU XRASA LANGSUNG DIA 2 PENYAMUN..xkan sebab dah tertembak,kena tuduh macam2??ok,xkan sebab disyaki kena tembak sampai mati?xkan polis tu xde ambil latihan menembak ke???mana perginya moto MESRA,CEKAP DAN BETUL????

MESRA-mesra ke tindakan polis 2?ape xde cara lain ke untuk menghentik
an kenderaan yang dipandu remaja tu??tembak ke jalan terbaik?langsung x! patut ke tembakan 2 dilepaskan??pe budak 2 ade pistol ke???

CEKAP-YA,sangat cekap..peluru yang dilepaskan ke arah tayar kena remaja 2..patut ke??kalau ada hati perut,boleh fikir la..


BETUL-betul ke??betul ke tindakan yang dilakukan oleh pegawai polis tersebut??apa tindakan nya yang menembak sehingga menyebabkan kematian kepada remaja tersebut adalah tindakan yang amat keterlaluan..!saya berpendapat ramai lg penjenayah yang patut ditembak,bukan budak 2.. polis cakap dia ada parang,sedangkan kakak remaja 2 cakap da sekaki payung je??hmm..aku nak percaya sape ek??haha.. even kalau budak 2 bersalah,dia pegi menyamun ke pe,xkan kita nak kata perbuatan polis 2 betul????matlamat menghalalkan cara??oh,shit!!

ni pula laporan polis dibuat rakan mangsa- Remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.Dakwanya, kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.Di harap keluarga MANGSA MENDAPAT PAMPASAN DAN PIHAK BERSALAH MEMINTA MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH..

ni la koperal TERLATIH yang menembak remaja tersebut....





KES 3-XDA PASAL,POLIS CARI PASAL
Norizan bt Salleh (30 tahun) merupakan wanita Malaysia yang mendakwa ditembak oleh polis pada 30 Oktober 2009 . Dia adalah ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun. Polis MASIH MENYIASAT kes ini. Jom kita selak pe halnya ngn pompuan ni...ni la citer dia....

Sekitar jam 3.00 pagi, beliau duduk di kerusi belakang kereta Proton Waja bersama seorang wanita lain. Sementara dua lelaki duduk di hadapan sebagai pemandu dan pemumpang. Ada 4 orang dalam kereta Waja itu. Beliau dari rumah kawan pulang ke rumahnya di Segambut Mereka melalui lebuh raya MRR2. Di pertengahan jalan, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya.
Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti. Mereka panik dan tidak apa-apa. Mata Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya. Kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol.

Dia meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya. Lebih 10 anggota polis mengepung mereka.Dia dihantar ke HOSPITAL KUALA LUMPUR untuk dirawat. Empat hari kemudian (4 November 2009), beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis. Setelah keluar, dia dikehendaki membayar RM20,000 sebagai kos rawatan, ditanggung sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.

Lihatlah luka2 pompuan ni

















what's going on??aku pon xtaw nak ckp pe...korang baca n pk la.
.









As i say early at my post,i as a malaysian still have my right to discuss about what's going on here,our beloved MALAYSIA..Ada banyak lagi citer2 cmni,tp cukup la..ini sekadar renungan kita,untuk kita fikir..POLIS yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat MALAYSIA diharap memberi komitmen dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..Bukan semua polis bersalah,tapi apabila tiada tindakan keras diambil terhadap golongan ini,semacam wujud pilih kasih antara penjenayah dan polis,sedangkan kedua-duanya adalah JENAYAH..bersalah tetap bersalah
.





Monday, May 10, 2010

Tengok,baca,renungkan..

Ni la antara hobi aku time lapang..Tujuan aku utk share je ngn suma reader..
So,korang amk berat n baca la k..sebabnye,mudah je..xkan nak biar adik2 kita,kawan2 kita terjerumus dlm kekafiran..
TAPI,
igt,aku bukan nak hukum sape2..jangan plak kata kafir trus..
sebab
mengafiri seorang mukmin amat besar dosanya..

Berikut dipetik dari kitab YAHUDI

1. Bangsa Lain Selain Yahudi adalah Bagaikan Binatang

· Dalam Kitab Talmud Yerusalem halaman 94 disebutkan:”Air mani yang darinya tercipta bangsa-bangsa lain yang berada diluar agama yahudi adalah air mani kuda”

· Dalam Midrash Talpioth (Vol 225d) dijelaskan bahwa kaum non Yahudi adalah hanya berbeda bentuk dengan binatang.

· Kitab Zohar (I,131a) …sejak adanya mereka, maka dari itu, semua manusia non Yahudi mengotori alam, karena roh mereka lahir dari bagian yang najis.

· Sanhendrin (74b) Tosepoth berbunyi: Hubungan seksual orang Goim (orang non Yahudi) adalah seperti hubungan seksual binatang.

· Talmud, Kitab 6 Bab 8 butir ke 9: Sesungguhnya Talmud mewajibkan atas setiap orang yahudi untuk melaknat orang Kristen tiga kali dalam sehari, dan berdoa agar membasmi dan menghancurkan raja-raja serta para pemimpin mereka. Juga diwajibkan kepada orang Yahudi untuk merampas harta mereka dengan cara apapun.

ADA APA DENGAN DEWA 19 DAN YAHUDI ?? Mengapa dalam album – album grup musik Dewa 19 banyak simbol aneh?? Apakah benar Ahmad Dhani keturunan Yahudi??, Apa yang sebenarnya terkandung dalam lirik2 lagu Dewa 19??

SIMBOL-SIMBOL YAHUDI YANG BANYAK TERDAPAT PADA ALBUM DEWA 19


1) Dhani sering tampil dipanggung dengan memakai kalung Bintang David (simbol Zionis-Israel).

2) Pada cover album pertama DEWA 19, terdapat gambar Piramida Tak Sempurna (Unfinished Pyramid). Piramida tersebut terpancung dibagian ujungnya. Lambang tersebut sudah dikenal luas sebagai salah satu lambang Yahudi (lambang gerakan Masonis – salah satu organisasi Yahudi, dan juga lambang tsb pada uang 1 dollar Amerika). Dan untuk diingat, dalam mitologi Judaisme angka “19″ dikenal sebagai “Dark Star” (Bintang Kegelapan).

Jika dicermati dengan seksama, cobalah untuk memperbesar gambar puncak pyramid yang ditutupi kabut (misalnya dengan program Windows Picture & Fax Viewer, puncak piramid itu di zoom-in (+) beberapa kali), maka terlihat dipuncak piramid itu-walau agak samar, ada sesuatu yang tidak lancip, malah berwarna gelap yang cenderung berbentuk bulat yang bisa jadi merupakan bola, lingkaran, atau juga bisa sebuah mata.

3) Dalam album “TERBAIK TERBAIK”, Pertama, secara jelas dimuat simbol Dewa Ra (Dewa matahari dalam mitologi Mesir Kuno). Dalam agama Yahudi (Judaisme) Dewa Ra diklaim sebagi salah satu Tuhan mereka. Pada Sinagog (rumah ibadah Yahudi) lambang ini lazim di pajang.

Kedua, terdapat pula lembaran satu Protocol Of Zions (Ayat-ayat Iblis) dalam bahasa Ibrani. Untuk menyamarkan, Protocol of Zions dalam cover album ini diletakkan secara terbalik horizontal. Yang sisi kiri dipindah kekanan dan sebaliknya. Untuk membacanya hadapkan dulu ke depan cermin.

Ketiga, terdapat foto empat personil Dewa tengah berdiri dibawah gambar lingkaran dengan satu titik di tengahnya (Circle with a dot), gambar ini dikenal sebagai symboll occultism/organ perempuan yang merupakan gerakan pemuja setan dan dianggap juga sebagai penjelmaan simbol mata setan(The Evil Eye),. Berikut ini cuplikan dari Bulletin Masonis (organisasi Yahudi)

Ketiga, Dibagian lain juga ada gambar mata setan.

Keempat, di piringan disc-nya jika dicermati bergambar kepala burung dengan simbol mata Horus. Yang merupakan salah satu simbol dari gerakan freemasonry.

7) Dalam cover Album CINTAILAH CINTA I & II (2004), Lambang sayap yang merupakan lambang resmi Dewa dimuat dalam album live ini dengan latar belakang hitam kelam. Seperti hal nya Album Bintang Lima (2000), album ini juga mengunakan sayap simbol Teosofi dengan makna yang sama.

Album : LASKAR CINTA (2004), Inilah album ke tujuh Dewa yang akhirnya menjadi “batu sandungan” dan membuka selubung semua album-album dewa sebelumnya yang sarat dengan kampanye symbol dan lambang Yahudi Tipologi huruf “Laskar Cinta” yang dibalik, ternyata diambil dari huruf Ibrani (huruf yang digunakan dalam Kitab Yahudi) Gambar siluet wajah Ahmad Dhani pakai peci dengan tulisan berpola Arabic bertuliskan “Ahmad”. Benarkah bertuliskan Ahmad??, mengapa huruf alif-nya ada cabang? Padahal alif itu lurus tidak bercabang. Jelas bukan suatu kekhilafan. Jika gambar itu dibalik 180 derajat, tulisan Arabic yang semula seakan berbunyi “Ahmad” menjadi huruf Arabic yang terdiri dari konsonan semua dengan huruf : YHWH, alias “YaHWeh, alias Tuhan Tertinggi Yahudi. Believe it or Not???


Gambar di atas ini diambil dari gambar satelit. Ianya merupakan gambar sebuah bangunan di Amerika Syarikat sana. Tahukah anda bangunan apakah itu? Ya, itu lah dia bangunan pengkalan ‘Navy’ bagi tentera laut di California Selatan, Amerika Syarikat. Maka adakah bentuk itu terjadi secara kebetulan? Anda boleh fikir sendiri.








fikir2 kan ye..apakah yang nak??islam atau yahudi..u decide it..


sumber:http://hikmatun.wordpress.com/2009/10/26/kenali-pasukan-dajjal-dan-simbol-simbol-mereka-bahagian-2/



assalamualaikum

As a muslim,better i start with the most important word,assalamualaikum..
as a new people in this world,i mean blogging world ok,
is quite bored..maybe i need time 2 make me comfort with this things..
n i hope,u,and everyone, will support me..
oops,dont think im american or something,im from malaysia..
mne le tahu,speaking je suma pk saya ni dari amerika ke pe..huhu..

Im a elastic person,so if u like what i write,plez read it..if u dont,just go n click the
red button at ur right,the top button..
what i write maybe sensitive,rude,or something like that..
i think its better from i go n copy paste is it??

HOPE ALL WILL ENJOY..TQ..SALAM..