Tuesday, May 11, 2010

Polis?Orang Awam?siapa yg perlu dipersalahkan??








aku pon xtaw pe yang tengah terjadi..semacam satu musim bila aku fikirkan balik..

dulu setiap ari dengar citer pasal kes bunuh..then,kes rogol..
lepas 2 plak,kes buang bayi..hmm..
kalau pembaca sekalian cuba ingat balik,
bkn ke suma kes ni jadi secara berturutan..tanpa henti..semacam musim kan??
n sekarang ni,kalau korang alert dgn citer semasa,kes polis MENEMBAK orang AWAM..


Im not an angel to judge,n give punishment..
tp,sebagai seorang rakyat malaysia,i think i still have my right to talk n write about this..

KES 1-(Cerita yang dikutip versinya dari Bapa kepada mangsa sendiri)

Pada pagi 14 November 2009, lebih kurang jam 6 pagi, terdengar orang mengetuk pintu, di rumah saya di alamat No. 2, Jalan Taman Intan, Belakang Istana Raja, 02600 Arau, Perlis. Setelah melihat melalui tingkap bilik, saya dapati mereka ialah polis yang datang untuk memberitahu bahawa anak saya MOHAMAD TAWFIQ BIN NOORZAN (selepas ini disebut sebagai Tawfiq) seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai Pengusaha Kedai Makan di Medan Rancangan Perumahan Awam Arau dan Balai Baru Beseri, Perlis telah membuat laporan di Balai Polis Arau bahawa beliau hendak ‘buat orang’ . Dalam lebih kurang 15 minit kemudian anak saya telah pulang kemudian terus masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya dan keluar semula dengan membawa pisau pemotong sayur dalam keadaan marah dan keletihan. Anggota polis yang berada di depan pintu rumah hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan awal bagi menghalang anak saya untutk keluar untuk bertemu dengan Rashidi (kawannya yang meninggalkannya di Alor Star). 2 orang anggota polis yang ada menyatakan mereka tidak berani untuk menghalang anak saya yang juga dikenali sebagai ‘Botak’ kerana mereka mengenali kelakuan beliau apabila berada dalam keadaan marah.

Lalu Tawfiq mengambil motosikalnya dan isteri saya masih memujuk Tawfiq supaya tidak meneruskan keinginannya. Jawab Tawfiq “ Jangan ganggu dia!” dia terus membonceng motosikalnya ke arah Guar Sanji. Saya pun keluar mengikut jejaknya dengan kereta pada jam 6.30 pagi dan mendapati motosikalnya ditinggalkan di tepi jalan lalu saya terus menuju ke arah Guar Sanji. Apabila sampai ke Guar Sanji, saya dapati beberapa anggota polis siap dengan sebuah kereta peronda dan sebuah kereta Proton Satria berwarna putih yang saya kenalpasti sebagai kepunyaan salah seorang anggota polis yang telah datang ke rumah saya. Lalu saya memarkir kereta saya. Saya lihat anak saya Tawfiq sudah berada di hadapan rumah Rashidi. Tawfiq memanggil keluar Rashidi dengan berkata “ Hang keluaq, kalau betui hang anak jantan!” Kemudian saya memujuk dia dan mengajak beliau pulang ke rumah tetapi dia menjawab ‘ Abah cakap senang, tak kena kat abah takpa la…abah tau apa, apiq (Tawfiq) yang tau, ni muka nak letak kat mana, apiq botak ni abah. Saya terus memujuk beliau. Dia menjawab, tang lari apiq tak lari, apiq nak selesai juga pagi ni.” La, abah pi balik”. Lebih kurang 6.45 pagi Saya pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk mengambil isteri saya dengan harapan dia dapat memujuk anaknya yang sedang marah itu. Lebih kurang, saya terus bertolak ke tempat kejadian bersama isteri..Lebih kurang 7.00 pagi, Saya dapati ada dua kumpulan anggota polis masing-masing berada di tepi jalan. Salah seorang angota polis itu memegang sebatang paip pvc putih. Saya tidak nampak kelibat anak saya berada di tempat kejadian.

Pada masa yang sama, Saya terdengar seorang anggota polis yang saya kenali sebagai Aidil menjerit untuk menanyakan patutkah kita keluarkan Rashidi? Rakan-rakannya menjawab “tak payah”. Selepas itu kami bergerak berjalan kaki sambil mencari kelibat anak saya dan saya terlihat anak saya berjalan kaki menuju ke arah landasan keretapi berhampiran dalam keadaan amat keletihan kerana dia dilihat rebah dan bangun semula dalam setiap beberapa langkah. Saya terus mengekori dalam jarak yang agak jauh tetapi masih nampak kelibat anak saya dan terus mengekori ke arah jejantas lebuh raya Arau. Kemudian kami kembali masuk ke dalam kereta untuk mengekori anak saya. Saya memandu kereta dan memarkir kereta di sebelah atas jejantas lebuh raya Arau. Kami turun dari kenderaan dan meneruskan usaha memujuk anak saya agar tidak meneruskan kemarahannya lagi. Taufiq tidak mengendahkan pujukan saya dan terus berpatah balik.

Sebaik sahaja melihat keadaan itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat pusingan ‘U’ di atas lebuh raya sehala untuk mendapatkan Tawfiq dengan cuba mengikut kereta peronda polis yang turut bersama di atas jejantas tetapi agak terlambat. Sepanjang berada di atas jejantas, saya dapati tiada sebarang usaha memujuk yang dilakukan oleh anggota polis kepada Tawfiq untuk menyerah diri kepada polis. Ketika itulah saya terdengar bunyi dua kali tembakan secara berturut-turut(bukannya berselang dalam satu tempoh) dan pada ketika itu isteri saya berkata “abah, depa tembak dah anak kita” lalu pengsan. Sesampai saya di tempat kejadian. Kami menghentikan kereta dan bertemu dengan Ketua Polis Balai Arau yang saya kenali panggilan Tuan Jabar dan saya bertanya “ mana anak saya?!”. Beliau(Tuan Jabar) sambil memegang pisau pemotong sayur yang saya kenal sebagai pisau yang dibawa oleh Tawfik (sedangkan ia barang bukti dari tempat kejadian yang belum diproses kerana tiada pasukan forensik polis dilihat berada di tempat kejadian itu) menunjukkan isyarat mulut ke arah tubuh di tepi jalan dalam keadaan tertiarap dan tangan bergari di belakang yang kemudian saya kenali sebagai tubuh anak saya Tawfik.

Pada masa yang sama, saya terdengar suara salah seorang anggota yang saya tidak kenali menyatakan “Kami tembak di kaki”. Kemudian, saya terus bergegas menuju ke arah tubuh anak saya untuk memangku beliau. Isteri saya terus menyelak kaki seluar yang dipakai Tawfik untuk mencari kesan tembakan di kaki. Malangnya tiada sebarang kesan tembakan di kedua-dua belah kaki anak saya. Sebaik saya melihat ke arah badan Tawfik, saya dapati ada satu kesan darah di baju dan terus saya menyelak baju Tawfik dan saya dapati dengan jelas kesan satu tembakan di bahagian dada. Saya berkata “ tadi hangpa habaq kat aku tembak di kaki, tapi pasaipa hangpa tembak di dada?!!” Ni bukan nak bagi cedera tapi memang hangpa nak bunuh anak aku!!!” Saya bertanya lagi ‘ mana dia ambulan,bawa dia pi hospital” Sambil itu, kami memeriksa nadi dan tiada sebarang tindak balas, kemudian saya menyuruh Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membuka gari di tangan anak saya. Jadi kemudian, ikatan gari dibuka tetapi hanya sebelah tangan sahaja. Selepas itu, saya lihat keadaan muka anak saya berlumuran dengan darah dan sekali lagi meminta kain untuk mengelap mukanya dengan harapan Tawfik dapat bernafas dengan sempurna kerana saya beranggapan Tawfik masih hidup ketika itu. Tuan Jabar menjerit kepada anggotanya “mana kain?, mana kain?”. Selepas itu, saya melaung sambil bertanya “ pasaipa hangpa biaq tang ni, pasaipa hangpa tak bawa pi hospital, mana ambulan, hangpa mai angkat cepat bawa pi.

Berikutan itu,Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membawa masuk kenderaan Polis (Land Rover) yang sedia terdapat di dalamnya pengusung dan plastik hitam pembungkus mayat seolah-olah mereka telah merancang untuk menembak mati Tawfik. Anggota yang ada terus membawa turun pengusung tanpa membuat sebarang pengesahan kematian secara rasmi kerana tiada sebarang kenderaan ambulan dari hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan dilihat berada di lokasi kejadian. Sepatutnya perlu ada satu pengesahan status anak saya yang ditembak sama ada masih hidup atau mati tetapi saya lihat tiada seorang pun yang melaksanakan Prosedur Pengesahan Status Kematian tersebut. Kemudian Land Rover Polis terus membawa tubuh anak saya ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar untuk proses selanjutnya. Saya bersama isteri saya juga mengikut kenderaan polis menuju ke hospital tetapi gagal untuk mengekori kenderaan tersebut kerana ia dipandu laju.

Sesampainya saya di Unit Kecemasan HTF, saya merujuk kepada salah seorang petugas yang saya tidak ingat namanya di kaunter kecemasan bertanyakan tentang hal tentang pendaftaran kemasukan sebarang kes melibatkan orang awam ditembak polis tetapi jawapan yang saya terima ialah tiada dan diberitahu pada kebiasaannya kes sebegitu biasanya terus dirujuk ke Unit Forensik HTF. Saya pun terus pergi ke unit berkenaan untuk mengetahui prosedur selanjutnya.

Saya melihat sekumpulan anggota polis sudah berada di perkarangan rumah mayat HTF pada pagi kejadian. Selepas itu, saya bertanya kepada setiap anggota polis yang ada di situ siapa yang menembak anak saya, lalu saya telah ditunjukkan kepada anggota yang menembak anak saya, selepas mengecamnya saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis berkaitan keseluruhan kejadian. Setibanya di IPK Perlis di Kangar, saya telah diganggu privasi ketika hendak membuat laporan polis yang pertama. Terdapat terlalu ramai anggota polis di kaunter laporan yang mengerumuni di meja penerima laporan silih berganti dan membaca laporan yang saya adukan.

Selepas selesai membuat laporan polis, saya terus dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat di tingkat dua yang berbaju preman untuk mengambil kenyataan saya. Setelah habis memberikan kenyataan, saya terus ke Unit Forensik HTF untuk melihat dan menuntut mayat anak saya. Ketika itu, saya dimaklumkan sesi autopsi masih belum berjalan kerana menantikan kehadiran Pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Dr. Mohd Suhani bin Mohd.Noor yang terlewat kerana baru menyelesaikan kes di Pulau Pinang lebih kurang jam 5 petang. Saya terkejut bila ditanya oleh pakar yang berkenaan penjelasan prosedur berkaitan oleh Polis sedangkan tiada sebarang taklimat atau sesi penjelasan berkenaan kes anak saya yang ditembak polis ini.

Dari pengamatan saya, banyak prosedur telah dilanggar oleh pihak polis berkaitan proses dan prosedur bedah siasat mayat yang berkaitan kes seumpama ini terutamanya makluman awal kepada pakar forensik tentang masa kejadian berlaku, prosedur imbasan X-ray telah dibuat awal sebelum mendapat kebenaran daripada pakar yang berkenaan menyebabkan prosedur kedua imbasan x-ray dilakukan, makluman pihak polis kepada pakar forensik menyatakan bahawa sesi taklimat dan penjelasan kes sudah diberikan kepada waris si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan. Akhirnya, saya memohon kepada Pakar Forensik agar ketelusan dalam proses yang berkenaan. Selepas mendapat jaminan ketelusan daripada pakar forensik tersebut saya pun keluar dari bilik pejabat am di Unit Forensik HTF.

Setelah selesai ‘post-mortem’ si mati, saya dipanggil oleh Doktor Pakar Forensik dan menyatakan keputusan forensik seperti berikut: Sebab kematian pertama akibat tembakan peluru terkena jantung dan mati serta-merta, seterusnya ada kesan trauma pukulan di bahagian belakang tubuh mangsa dan yang ketiga ada kesan gari yang jelas di kedua-dua tangan si mati. Selepas itu saya menunggu proses akhir bedah siasat dan seterusnya kerja memandikan dan mengkafankan anak saya sebelum saya menuntut mayat untuk di bawa pulang ke kediaman saya.

Saya membuat laporan ini kerana mendapati terlalu banyak percanggahan dalam laporan dan kenyataan oleh pihak yang berkenaan dalam siasatan kes ini.

1) Saya memohon ruang keadilan yang saksama diberikan kepada saya dan tidak diganggu emosi oleh rondaan anggota polis di sekitar kawasan rumah saya setiap hari sejak kejadian tersebut.

2) Saya amat terganggu dengan cara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan fakta di tempat kejadian. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak polis jelas meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Tawfiq sedangkan dia belum disabitkan sebarang kesalahan dan tindakan polis hanyalah kerana beberapa prosedur yang mereka sendiri tidak patuhi selama menyelesaikan kes berkenaan.

3) Perlu diingat Si mati Tawfiq ialah seorang OKU kerana kecacatan kekal di bahagian kakinya tidak memungkinkan beliau melakukan kerja yang berat dan apatah lagi dalam keadaan keletihan setelah berjalan kaki dalam tempoh yang lama dilihat tidak mampu mengancam polis.

4) Polis sengaja mereka cerita secara tidak berasas untuk melindungi anggotanya yang tidak mengikut prosedur kes.

5) Polis jelas berbohong bila menyatakan mereka melepaskan tembakan amaran kerana dari pendengaran saya di tempat kejadian jelas dua das tembakan yang dilepaskan polis secara berturut-turut dan bukan diselangi waktu yang tertentu.

6) Polis juga gagal untuk mengambil sebarang tindakan awal membendung kejadian ini apabila menerima laporan yang dikatakan dibuat oleh Tawfiq sendiri di Balai Polis Arau pada awal hari kejadian.

7) Ketiadaan ahli forensik di tempat kejadian menyebabkan banyak barang kes termasuk pisau yang dibawa Tawfiq diusik dan mungkin diubah, jelas tidak mematuhi peraturan dalam melaksanakan prosedur kerja termasuk pengesahan kematian suspek yang ditembak di bahagian dada. Pihak polis dilihat sudah menyediakan kelengkapan untuk membawa ‘mayat’ dan bukannya bersedia menyediakan pasukan perubatan dari hospital atau pusat kesihatan yang terdekat jika tujuan mereka hanya hendak meleraikan amukan suspek. Buktinya mangsa tembakan terus dibawa ke Unit Forensik dan bukannya Unit Kecemasan. SIapa yang mengesahkan kematiannya ‘dalam perjalanan’?

8) Keadaan tangan yang bergari menimbulkan persoalan sama ada suspek digari sebelum atau selepas ditembak. Ini jelas menjadi keraguan kerana tembakan di dada boleh menyebabkan kematian serta-merta dan apa rasional mangsa tembakan digari selepas ditembak dan dibiarkan tersembam muka di tanah dengan berlumuran darah di bahagian muka?Apa juga rasional mangsa ditembak dalam keadaan bergari jika prosedur menggari suspek dilakukan sebelum ‘nyawanya diambil’?

9) Suspek dilihat sudah tidak bermaya untuk melangkah dan rebah beberapa kali sebelum ditembak. Apakah prosedur yang dipatuhi polis untuk menangani kes sebegini? Perlu diingat, suspek berjalan kaki sejauh lebih 50 kilometer dari Alor Star dan tidak berehat. Mustahil suspek mempunyai tenaga ‘superb’ untuk terus bertahan kekuatan fizikalnya untuk meneruskan ‘amukannya’?

10) Kenapa bilangan anggota polis yang lengkap dengan senjata tidak mampu dan gagal menangani seorang yang disyaki hanya membawa sebilah pisau pemotong sayur yang sudah keletihan dan tidak bermaya?

11) Kenyataan awal dari anggota polis yang datang ke rumah keluarga suspek menyatakan mereka tak mampu untuk mengambil tindakan menahan suspek kerana cukup mengenalinya bila berada dalam keadaan marah jelas menyalahi etika professionalisme polis yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan rakyat.

12) Kenyataan akhbar yang dipetik dari makluman polis jelas menjatuhkan maruah keluarga dan suspek sendiri kerana kami sudah dihukum tanpa bicara terlebih dahulu. Soal komersial atau sensasi sepatutnya tidak menjadi keutamaan mana-mana pihak dalam kes sebegini kerana maruah sepatutnya menjadi keutamaan. Polis sepatutnya meneliti keseluruhan fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat ‘mempertahankan diri’ demi imej dan reputasi pasukan polis. Barulah integriti POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai pasukan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam di Malaysia lebih dihormati. SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA..

KES 2-Remaja 15 tahun ditembak mati(spm xabis lg )

Seorang remaja berumur 15 tahun,AMINULRASYID menaiki kereta jenis Proton Iswara mati ditembak apabila enggan memberhentikan keretanya..Bila polis yang berpangkat koperal itu mendekati kereta itu,remaja itu bersama rakannya melarikan diri..Dan polis melepaskan 4 das tembakan,satu darinya kena remaja tersebut,dan terus meninggal..rakannya pula melarikan diri..hasil siasatan menjumpai sebilah pasrang,dan remaja tersebut DISYAKI membuat kegiatan samun..AKU XRASA LANGSUNG DIA 2 PENYAMUN..xkan sebab dah tertembak,kena tuduh macam2??ok,xkan sebab disyaki kena tembak sampai mati?xkan polis tu xde ambil latihan menembak ke???mana perginya moto MESRA,CEKAP DAN BETUL????

MESRA-mesra ke tindakan polis 2?ape xde cara lain ke untuk menghentik
an kenderaan yang dipandu remaja tu??tembak ke jalan terbaik?langsung x! patut ke tembakan 2 dilepaskan??pe budak 2 ade pistol ke???

CEKAP-YA,sangat cekap..peluru yang dilepaskan ke arah tayar kena remaja 2..patut ke??kalau ada hati perut,boleh fikir la..


BETUL-betul ke??betul ke tindakan yang dilakukan oleh pegawai polis tersebut??apa tindakan nya yang menembak sehingga menyebabkan kematian kepada remaja tersebut adalah tindakan yang amat keterlaluan..!saya berpendapat ramai lg penjenayah yang patut ditembak,bukan budak 2.. polis cakap dia ada parang,sedangkan kakak remaja 2 cakap da sekaki payung je??hmm..aku nak percaya sape ek??haha.. even kalau budak 2 bersalah,dia pegi menyamun ke pe,xkan kita nak kata perbuatan polis 2 betul????matlamat menghalalkan cara??oh,shit!!

ni pula laporan polis dibuat rakan mangsa- Remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.Dakwanya, kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.Di harap keluarga MANGSA MENDAPAT PAMPASAN DAN PIHAK BERSALAH MEMINTA MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH..

ni la koperal TERLATIH yang menembak remaja tersebut....





KES 3-XDA PASAL,POLIS CARI PASAL
Norizan bt Salleh (30 tahun) merupakan wanita Malaysia yang mendakwa ditembak oleh polis pada 30 Oktober 2009 . Dia adalah ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun. Polis MASIH MENYIASAT kes ini. Jom kita selak pe halnya ngn pompuan ni...ni la citer dia....

Sekitar jam 3.00 pagi, beliau duduk di kerusi belakang kereta Proton Waja bersama seorang wanita lain. Sementara dua lelaki duduk di hadapan sebagai pemandu dan pemumpang. Ada 4 orang dalam kereta Waja itu. Beliau dari rumah kawan pulang ke rumahnya di Segambut Mereka melalui lebuh raya MRR2. Di pertengahan jalan, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya.
Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti. Mereka panik dan tidak apa-apa. Mata Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya. Kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol.

Dia meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya. Lebih 10 anggota polis mengepung mereka.Dia dihantar ke HOSPITAL KUALA LUMPUR untuk dirawat. Empat hari kemudian (4 November 2009), beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis. Setelah keluar, dia dikehendaki membayar RM20,000 sebagai kos rawatan, ditanggung sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.

Lihatlah luka2 pompuan ni

















what's going on??aku pon xtaw nak ckp pe...korang baca n pk la.
.









As i say early at my post,i as a malaysian still have my right to discuss about what's going on here,our beloved MALAYSIA..Ada banyak lagi citer2 cmni,tp cukup la..ini sekadar renungan kita,untuk kita fikir..POLIS yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat MALAYSIA diharap memberi komitmen dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..Bukan semua polis bersalah,tapi apabila tiada tindakan keras diambil terhadap golongan ini,semacam wujud pilih kasih antara penjenayah dan polis,sedangkan kedua-duanya adalah JENAYAH..bersalah tetap bersalah
.





No comments:

Post a Comment